Bismillahirrahmanirrahiim
Dikutip dari detik islam. *Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma’ad Fi Hadyi Khairil ‘Ibad menyelit mafhum hadis dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing:
1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh terdahulu”.Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).
2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
3. Sabda Rasullah s.a.w, “Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkahan”.
4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa “Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga”. Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
5. Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara hewan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].
6. Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”.
Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.
7. Abu Hurairah telah berkata, “Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]
[Riwayat Imam al-Bukhari]
8. Abu Hurairah berkata, “Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu.”
[Riwayat Imam Muslim]
[Riwayat Imam Muslim]
Sumber tulisan : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=900347080120643&id=100004360773209&pnref=story
Sumber foto :
https://www.thenewsminute.com/article/dengue-fallout-goat-milk-price-hits-rs2000-ncr-34338
https://faatih.wordpress.com/tag/islam/
Pesan sekarang!
Bian / Tomi
Outlet SyifaMalik Farm
Jl. Mawar 2 nomor 9 RT 05/RW 13
Kelurahan Bintaro
Kecamatan Pesanggrahan
Jakarta Selatan
Call/WA : 0856 9113 4589
Bian / Tomi
Outlet SyifaMalik Farm
Jl. Mawar 2 nomor 9 RT 05/RW 13
Kelurahan Bintaro
Kecamatan Pesanggrahan
Jakarta Selatan
Call/WA : 0856 9113 4589
klik Kontak dan Pemesanan
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.